Tanggal 28 November 2008 kini tinggal sejarah dan menjadi lipatan sejarah dalam kamus hidup aku. Perhubungan yang hampir 3 tahun terjalin kini hanya tinggal sekadar memori dalam lubuk hati ini. Percintaan yang cuba aku pertahankan kini hancur musnah. Kini sudah hampir 2 bulan berlalu, bukan mudah untuk aku membuat keputusan ini. Namun apakan daya mungkin sudah suratan takdir. Tiada jodoh antara kita. Maafkan aku Ammar. Ammar, insan yang sebelum ini pernah bertahta dihati ini. Insan yang pernah aku cintai sepenuh jiwa ini. Namun langkah yang engkau ambil dengan mendiamkan diri membuat aku pasrah. Tiada guna aku menanti dirimu lagi. Aku tiada pentingnya pada mu lagi. Sedaya upaya aku cuba melupakan dirimu. Hanya Tuhan yang mengetahui betapa aku merindui dirimu. Janjiku pada diri, akan aku simpan semua perasaan ku pada dirimu. Ianya hanya akan menjadi kisah coretan cinta kita dalam sudut hati aku.
Kini sudah genap dua bulan aku bekerja di tapak pembinaan projek perumahan Anggerik Wangi. Seusia juga putusnya hubungan cintaku. Menghabiskan masa sementara menanti keputusan untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda. Masih belum pasti di mana dan kursus apa yang bakal ditawarkan. Begitu juga terubat lara dihati dengan kesibukan bekerja. Aku merupakan seorang kerani di tapak pembinaan yang menguruskan urusan jual beli tanah kepada pelangan. Tapi InsyaAllah andai ada rezeki bulan depan bulan akhir aku bekerja disini sebelum hari raya menjelang tiba. Dua minggu kemudian keputusan untuk sambung belajar diumumkan. Alhamdulillah, aku ditawarkan tempat untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi MARA, UiTM kampus Arau dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pantadbiran Perniagaan (Kewangan). Ibuku adalah orang yang paling bahagia. Manakan tidak, ditawarkan melanjutkan pelajaran di bumi kelahiran aku sendiri. Ya, Perlis Indera Kayangan. Aku hanyalah seorang insan biasa, anak kepada seorang ibu tunggal yang merupakan seorang balu setelah pemergian bapaku tiga tahun yang lalu. Anak seorang petani. Ya, ibuku hanya seorang petani namun beliau masih mampu menyara adik beradik ku. Aku masih menpunyai seorang adik lelaki dan seorang adik perempuan. Abangku pula seorang penjawat awam di perantauan. Aku bukan orang susah. Aku bukan orang miskin. Kenapa? Sebab aku tidak pernah kelaparan. Tidak pernah kebuluran. Tidak pernah tidak mempunyai wang. Egonya aku. TIDAk. Aku tidak ego tapi itu adalah hakikat di mana ibu bapaku sangat menjaga kebajikan anak-anaknya. Aku bersyukur mempunyai ibu bapa dan keluarga. Semasa arwah masih ada aku tidak pernah mengenal erti kesusahan walau untuk menjamah sesuap nasi. Namun walau sekarang ibu yang mengalas tanggungjawab itu, tetap tidak berasa kekurangan cuma kami ketiadaan bapa. Kami tidak perlu belas kasihan daripada orang lain. Bapa kami sudah pergi jauh. Suatu saat nanti pasti kami akan bertemu lagi dan akan berkumpul kembali seperti sediakala. =) Bapa menanti disana. Apa perlu dirisaukan. Bapa pergi dahulu. Suatu hari nanti kami juga akan pergi bersamanya.
............................................................................................................................................
Pagi-pagi lagi telefon bimbitku sudah berdering. Sudah menjadi kebiasaan. Pelangan akan rmenghubungi aku untuk mengetahui sama ada kuari tapak perumahan itu dibuka atau tidak pada hari tersebut. PJD5129 terpapar di skrin telefon. " Hello. Hellooooooooo. Kuari bukak hari ni? Ya, bukak.Ok." Talian dimatikan. Boleh dikatakan kerja aku juga seperti operator telefon. Kadang-kadang berduyun-duyun panggilan masuk dan kadang-kadang sampai tak terjawab dek kerana sibuk. Memang tak terlayan kalau nak dikira drebar-drebar lori yang jadi pelangan tapak itu.
Jam sudah hampir pukul 8 pagi. Perjalanan dari rumah ke tempat kerja bukan menjadi masalah kerana tidak jauh. Dalam 5 minit sahaja aku sudah tiba ditempat kerja. ''Selamat pagi Cik Siti'', ujar Uncle Ah Siang. Dia merupakan salah seorang pekerja di tapak kuari itu. Antara pekerja yang sudah lama berkhidmat disitu.
''Pagi Uncle, hai awal-awal pagi lori dah banyak kat dalam site. Penat la kejap lagi. Kata-kata berbaur keluhan aku utarakan. "hahahahaha, itu macam la kerja Cik Siti. Sambil mengeluarkan tiket-tiket hasil dan segala dokumen aku sempat bergelak ketawa dengan beberapa staff disitu. Hari ini dah 20 Julai 2011. Maknanya tidak lama lagi akan masuk bulan Ogos dan akan menyambut bulan Ramadhan Al-mubarak.
Telefon bimbit aku berdering lagi. KCQ1141 terpapar di skrin telefon. "Hello. Hello, Kuari Guar Nangka bukak hari ni? Ya, bukak. Ok, hari ni nak masuk 10 lori, trip banyak juga mungkin 200 lebih. Masuk akaun saya ujar Didie, pemandu KCQ1141. Nanti sampai sana saya bagitau lori. Oh, ok." Talian dimatikan. Wah banyak kerja hari ni detik hati kecilku.
Aku menerima mesej daripada PJD5129. Memang aku tak sangka dari satu mesej ke satu mesej dan berterusan. Bukan tak pernah mesej dengan dia sebelum ini. Tapi yang bezanya sebelum ini sebarang pangilan atau mesej daripadanya semuanya tentang kerja. Tapi kali ini lain. Lain macam. Agak lain macam. Kelakar jugak. Kami lebih kepada mengenali antara satu sama lain. Dia banyak bertanyakan saya perihal diri saya. Saya memang mengenalinya di tempat kerja. Pernah beberapa kali bertegur dan bersua muka. Mungkin niatnya baik. Baru aku tahu. Namanya Saiful. Saiful Hazrey bin Ahmad. Kawan baik kepada Didie, KCQ1141. Selepas beberapa hari Didie menghubungi aku,"nak p bayar duit tanah di rumah boleh? Eh, boleh as. Tau ke rumah kat mana? Eleh, setakat rumah Pak Latib tuh bukan masalah la. Ok. Malam itu kebetulan tiada orang di rumah. Ibu dan adik beradik aku ke masjid kerana ada majlis menyambut Ramadhan. Jadi aku terpaksa menghubungi abang aku, Aman untuk menemani aku kerana ada tetamu akan bertandang. Apa yang mengejutkan aku, Didie datang dengan Saiful. Ok, satu kebetulan. Tadi petang ada dia bergurau yang dia nak datang rumah tapi saya sangka itu hanya gurauan. Dari saat itu, kami semakin akrab. Kata orang kita tidak boleh mengenali hati budi seseorang itu dalam tempoh yang singkat. Selepas beberapa hari, dia menyuarakan rasa hatinya padaku.
Tanggal 25 Julai 2011dia meluahkan perasaan hatinya bahawa dia munyukai diriku. Terkejut bukan kepalang. Masakan tidak, aku baru saja berkenalan dengannya. Boleh percaya ke lelaki ni??Detik hati kecilku. Mungkin dia hanya main-main saja. Tanggapan aku tersasar ternyata Saiful Hazrey bin Ahmad bukan bercanda. Dia menunjukkan keseriusannya ingin aku menerimanya. Ya Allah, berikan aku petunjuk. "awak, kita baru je kenal. Awak tak kenal siapa saya dan saya tak kenal siapa awak. Macam mana awak boleh kata awak suka saya. Dia tetap bersungguh-sungguh ingin aku terima cintanya. Ketika itu aku belum pasti dengan perasaan aku. Cinta Ammar masih menbayangi diriku. Namun aku mengambil keputusan untuk memberinya peluang. Aku dapat rasakan dia benar-benar ikhlas ingin mengenali aku dengan lebih dekat. 28 Julai 2011 aku membuka pintu hatiku kembali untuk insan yang bernama lelaki untuk disayangi dan dikasihi sekaligus mengunci rapat kisah aku dan Ammar. Tidak sekali pun aku ingin mengingati kisah lalu. Aku tidak perlu serik untuk menerima cinta kkerana aku layak untuk disayangi. Paras rupa bukan pilihan aku. Harta benda bukan yang dikejar aku. Yang aku pinta hanya cinta yang tulus ikhlas menyayangi diri ini, kejujuran, kesetiaan. Jangan lukai hati yang pernah beberapa kali dihiris. Parutnya masih bersisa. Perhubungan kali ini tidak aku rahsiakan dari keluargaku termasuk ibu dan abang ku. Biarlah kalian mengenalinya sebagai MR.PJD. Kenapa??? Sebab aku mengenalinya melalui PJD5129. hehehehe.
.................................................................................................................................................
Kini sudah masuk bulan ketiga aku bekerja. Maknanya sudah 3 bulan aku mendapat gaji. Gaji yang tidak seberapa itu aku kumpul untuk melanjutkan pelajaran. Tambahan pula sekarang adalah bulan puasa, Ramadhan Al-mubarak. Menyambut Ramadhan kali ini begitu bermakna bagi aku. Ini adalah tahun pertama aku berpuasa bersama keluarga aku setelah tiga tahun berpuasa di perantauan ketika diperingkat diploma dahulu. Tiga tahun bukan satu tempoh yang singkat. Macam-macam perit getir yang aku terpaksa lalui. Susah senang. Ya Allah betapa aku merindui saat itu bersama kawan-kawan. Perhubungan aku dengan Mr. PJD juga alhamdulillah berjalan dengan lancar.
BERSAMBUNG.......nantikan Hembusan Cinta Part 2 akan datang.