Daisypath Anniversary of Nuraini & Mr.PJD

Daisypath Anniversary tickers


Saturday, April 5, 2014

Welcome to the world my Princess

Alhamdulillah....
pada jam1131 am aku telah selamat melahirkan seorang puteri sulung kami seberat 3.25 kg secara normal. Macam tak sangka aku dah jadi seorang ibu. Welcome to the world my little princess. Mama dan abah love you much much more.



Abah said his daughter comel yang amat. Alhamdulillah, saat mama nak bersalin ni abah dah sihat. Boleh datang ke hospital jumpa mama teman mama sebelum masuk labor room.


Nak tahu mama drive kereta sendiri tau pergi hospital untuk checked up. Mama datang dengan maktok. Rupanya time tuh bukaan dah 3cm. Hihihi so kena admitted ward terus la..Due date should be on 06042014. Tak sangka awal seminggu pulak sayang mama ni nak keluar.



Masa pergi tu jam11 pagi, pukul 2 petang baru masuk wad. Perut pulak dah berkeroncong. Baby mama lapar la. Doktor cakap tunggu 8 jam baru check pulak bukaan pulak. Pukul 8.30pm doktor check jalan dah 4cm. So doktor suruh get ready nak masuk labor room. Tapi malam tuh labor room FULL so doktor datang checked dan bagitau yang first timer memang lambat ckit process contraction dan ambik masa lebih kurang 12 jam supaya  bukaan 10cm so doktor decide untuk masukkan aku ke labor room esok pagi. Masa tuh dah pukul 12.00 am 31 03 2013.



Abah ada ja dengan mama. Teman mama makan. Sebab nurse suruh mama makan banyak-banyak supaya ada tenaga di labor room nanti. Mama makan banyak2 makan roti minum milo sebab nak berada di labor room lama. Minum air selusuh. Tapi mama tak rasa sakit nak bersalin tuh. Doktor dengan nurse asyik datang tanya "ada rasa sakit bertambah? Ada rasa sakit makin kerap? Jawapannya tak! Tak sakit pun.

Dah la ustaz tu cakap air selusuh tuh minum bila betul2 sakit nak bersalin. So mama tanya abah, macam mana mama nak minum air ni sebab tak sakit. Abah kata minum ja dulu setengah botol walau tak sakit. Mama cakap kat abah kenapa mama tak sakit macam dalam tv tu? Hahaha abah gelak kan mama. Abah kata bagus la xsakit alhamdulillah. Alang-alang dah esok baru masuk labor room mama suruh abah balik dulu. Yela abah bukan sihat sangat kecian dia pulak.

Yela abah baru nak kuat sikit. Mama tak nak abah sakit lagi. Haishhhh rindu sangat kat abang. Esok paginya pukul 5.50 am nurse kejut tanya macam mana contraction? makin kerap x? jawapannya tak jugak. So nurse cakap xpela dah doktor cakap semalam suruh masuk pagi ni so akak nurse tuh tolak aku masuk labor room jam 6.00am. Tapi diaorang bagi masa la untuk aku call suami bagitau. Nak mintak maaf segala ka. Memang aku tak sempat la nak jumpa abang sebelum masuk labor room pagi tuh. Sebabnya abang kat rumah lagi.

Alhamdulillah proses aku nak bersalin mudah. Baby siap boleh tido lagi dalam perut sampai doktor terpaksa goyang2 and goncang perut aku nak kejut baby. Hahahahahaha..Seriusly, memang pengalaman yang sangat menakjubkan.
Apa pun alhamdulillah Allah permudahkan segalanya. Selamat sudah.

So Selamat berpantang la. Lepas ja bersalin terus nurse bawak baby pergi kat abah dia suruh azankan. Abang azan dan qamatkan sendiri. Alhamdulillah tertunai janji abang. Dengan iringan doa moga sayang akan akan jadi anak yang solehah dan baik, mendengar cakap orang tua, bijak, rajin, jujur, amanah dan anak yang akan mendoakan kedua ibu bapanya kelak. Amin.

Alhamdulillah terima kasih Ya Allah kau permudahkan kelahiran ini dan kerana memberi nikmat kesihatan kepada suamiku. :) terima kasih atas kesembuhan yang Kau berikan.

Selamat datang anakku.