Daisypath Anniversary of Nuraini & Mr.PJD

Daisypath Anniversary tickers


Friday, November 4, 2011

kekeliruan hati, kecelaruan minda..

Kenapa perlu dikenangan kembali kisah yg lalu? kata orang yg tidak memahaminya..
tapi aku masih sama..
aku xsepatutnya begini..
maafkan aku insan yg bergelar cinta...
berikan aku masa untuk betul2 yakin akan perasaan ini..
Ya Allah berikan aku petunjuk..
kuatkan hati aku..
aku mohon kepadamu Ya Allah....

Mr. Sayunara, saya selalu doakan kebahagiaan awak..saya harap awak akan bahagia & maafkan saya.


Sunday, September 25, 2011

FINANCE

Masa first time masuk kelas rasa macam 'eh, mampu ke aku nak bawak subjek-subjek ni semua ea?? Macam berat jer..
But, after a week..^____________^
 i think i can make it..InsyaAllah, and from that otak aku sekarang fikir how to make money?? hahahahahaha..tak salah kan? $$$$$$$ mata duitan ke aku ni??! eh, tak but i learn how to make and control my money. Watpe ambik subjek Personal Financial Planning KAT UiTM Perlis tuh kalau tak reti plan your own budget kan3..hahahahaha..wah, aku dah mula influence my family about finance. hahahaha semua dah kena hasut dengan aku..! ngeeeee....tapi for their own benefit ok! bukan aku ajar bende2 yang akan merugikan mereka..hahahaha my first question to them..''Nak wat duit x??? meh sini..hahahaha aku tunjukkan jalan...ngeeeee baguih x dapat adik yang baik hati ini..sekarang aku betul2 updated with shares and yang seangkatan dengannya laa..tapi xdela macam pakar2 kat bursa saham tuh! aku pakar kampong jerrr...cewahhhh..! wah..boleh jadi broker saham tak aku?? ada gaya x?? Mr. PJD pun aku dah bagi syarahan..hehehehe dun worry dear..it has no risk. dun worry okay..! 
(walhal dalam hati, cayunk tau tak sayang bagi idea ni untuk cayunk cepat sikit tambah duit dalam poket tu supaya cepat boleh masuk meminang sayang ni??! ada faham x???) hahahaha gatai tol! entah dia faham ke x niat baik and murni aku ni..hurmmm...=) 


I LOVE FINANCE SOooooooo KETAT2..<3

Saturday, September 17, 2011

Hembusan Cinta Part 1

Tanggal 28 November 2008 kini tinggal sejarah dan menjadi lipatan sejarah dalam kamus hidup aku. Perhubungan yang hampir 3 tahun terjalin kini hanya tinggal sekadar memori dalam lubuk hati ini. Percintaan yang cuba aku pertahankan kini hancur musnah. Kini sudah hampir 2 bulan berlalu, bukan mudah untuk aku membuat keputusan ini. Namun apakan daya mungkin sudah suratan takdir. Tiada jodoh antara kita. Maafkan aku Ammar. Ammar, insan yang sebelum ini pernah bertahta dihati ini. Insan yang pernah aku cintai sepenuh jiwa ini. Namun langkah yang engkau ambil dengan mendiamkan diri membuat aku pasrah. Tiada guna aku menanti dirimu lagi. Aku tiada pentingnya pada mu lagi. Sedaya upaya aku cuba melupakan dirimu. Hanya Tuhan yang mengetahui betapa aku merindui dirimu. Janjiku pada diri, akan aku simpan semua perasaan ku pada dirimu. Ianya hanya akan menjadi kisah coretan cinta kita dalam sudut hati aku.

Kini sudah genap dua bulan aku bekerja di tapak pembinaan projek perumahan Anggerik Wangi. Seusia juga putusnya hubungan cintaku. Menghabiskan masa sementara menanti keputusan untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda. Masih belum pasti di mana dan kursus apa yang bakal ditawarkan. Begitu juga terubat lara dihati dengan kesibukan bekerja. Aku merupakan seorang kerani di tapak pembinaan yang menguruskan urusan jual beli tanah kepada pelangan. Tapi InsyaAllah andai ada rezeki bulan depan bulan akhir aku bekerja disini sebelum hari raya menjelang tiba. Dua minggu kemudian keputusan untuk sambung belajar diumumkan. Alhamdulillah, aku ditawarkan tempat untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi MARA, UiTM kampus Arau dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pantadbiran Perniagaan (Kewangan). Ibuku adalah orang yang paling bahagia. Manakan tidak, ditawarkan melanjutkan pelajaran di bumi kelahiran aku sendiri. Ya, Perlis Indera Kayangan. Aku hanyalah seorang insan biasa, anak kepada seorang ibu tunggal yang merupakan seorang balu setelah pemergian bapaku tiga tahun yang lalu. Anak seorang petani. Ya, ibuku hanya seorang petani namun beliau masih mampu menyara adik beradik ku. Aku masih menpunyai seorang adik lelaki dan seorang adik perempuan. Abangku pula seorang penjawat awam di perantauan. Aku bukan orang susah. Aku bukan orang miskin. Kenapa? Sebab aku tidak pernah kelaparan. Tidak pernah kebuluran. Tidak pernah tidak mempunyai wang. Egonya aku. TIDAk. Aku tidak ego tapi itu adalah hakikat di mana ibu bapaku sangat menjaga kebajikan anak-anaknya. Aku bersyukur mempunyai ibu bapa dan keluarga. Semasa arwah masih ada aku tidak pernah mengenal erti kesusahan walau untuk menjamah sesuap nasi. Namun walau sekarang ibu yang mengalas tanggungjawab itu, tetap tidak berasa kekurangan cuma kami ketiadaan bapa. Kami tidak perlu belas kasihan daripada orang lain. Bapa kami sudah pergi jauh. Suatu saat nanti pasti kami akan bertemu lagi dan akan berkumpul kembali seperti sediakala. =) Bapa menanti disana. Apa perlu dirisaukan. Bapa pergi dahulu. Suatu hari nanti kami juga akan pergi bersamanya. 


............................................................................................................................................


Pagi-pagi lagi telefon bimbitku sudah berdering. Sudah menjadi kebiasaan. Pelangan akan rmenghubungi aku untuk mengetahui sama ada kuari tapak perumahan itu dibuka atau tidak pada hari tersebut. PJD5129 terpapar di skrin telefon. " Hello. Hellooooooooo. Kuari bukak hari ni? Ya, bukak.Ok." Talian dimatikan. Boleh dikatakan kerja aku juga seperti operator telefon. Kadang-kadang berduyun-duyun panggilan masuk dan kadang-kadang sampai tak terjawab dek kerana sibuk. Memang tak terlayan kalau nak dikira drebar-drebar lori yang jadi pelangan tapak itu.

Jam sudah hampir pukul 8 pagi. Perjalanan dari rumah ke tempat kerja bukan menjadi masalah kerana tidak jauh. Dalam 5 minit sahaja aku sudah tiba ditempat kerja. ''Selamat pagi Cik Siti'', ujar Uncle Ah Siang. Dia merupakan salah seorang pekerja di tapak kuari itu. Antara pekerja yang sudah lama berkhidmat disitu.
''Pagi Uncle, hai awal-awal pagi lori dah banyak kat dalam site. Penat la kejap lagi. Kata-kata berbaur keluhan aku utarakan. "hahahahaha, itu macam la kerja Cik Siti. Sambil mengeluarkan tiket-tiket hasil dan segala dokumen aku sempat bergelak ketawa dengan beberapa staff disitu. Hari ini dah 20 Julai 2011. Maknanya tidak lama lagi akan masuk bulan Ogos dan akan menyambut bulan Ramadhan Al-mubarak.
Telefon bimbit aku berdering lagi. KCQ1141 terpapar di skrin telefon. "Hello. Hello, Kuari Guar Nangka bukak hari ni? Ya, bukak. Ok, hari ni nak masuk 10 lori, trip banyak juga mungkin 200 lebih. Masuk akaun saya ujar Didie, pemandu KCQ1141. Nanti sampai sana saya bagitau lori. Oh, ok." Talian dimatikan. Wah banyak kerja hari ni detik hati kecilku.


Aku menerima mesej daripada PJD5129. Memang aku tak sangka dari satu mesej ke satu mesej dan berterusan. Bukan tak pernah mesej dengan dia sebelum ini. Tapi yang bezanya sebelum ini sebarang pangilan atau mesej daripadanya semuanya tentang kerja. Tapi kali ini lain. Lain macam. Agak lain macam. Kelakar jugak. Kami lebih kepada mengenali antara satu sama lain. Dia banyak bertanyakan saya perihal diri saya. Saya memang mengenalinya di tempat kerja. Pernah beberapa kali bertegur dan bersua muka. Mungkin niatnya baik. Baru aku tahu. Namanya Saiful. Saiful Hazrey bin Ahmad. Kawan baik kepada Didie, KCQ1141. Selepas beberapa hari Didie menghubungi aku,"nak p bayar duit tanah di rumah boleh? Eh, boleh as. Tau ke rumah kat mana? Eleh, setakat rumah Pak Latib tuh bukan masalah la. Ok. Malam itu kebetulan tiada orang di rumah. Ibu dan adik beradik aku ke masjid kerana ada majlis menyambut Ramadhan. Jadi aku terpaksa menghubungi abang aku, Aman untuk menemani aku kerana ada tetamu akan bertandang. Apa yang mengejutkan aku, Didie datang dengan Saiful. Ok, satu kebetulan. Tadi petang ada dia bergurau yang dia nak datang rumah tapi saya sangka itu hanya gurauan. Dari saat itu, kami semakin akrab. Kata orang kita tidak boleh mengenali hati budi seseorang itu dalam tempoh yang singkat. Selepas beberapa hari, dia menyuarakan rasa hatinya padaku.

Tanggal 25 Julai 2011dia meluahkan perasaan hatinya bahawa dia munyukai diriku. Terkejut bukan kepalang. Masakan tidak, aku baru saja berkenalan dengannya. Boleh percaya ke lelaki ni??Detik hati kecilku. Mungkin dia hanya main-main saja. Tanggapan aku tersasar ternyata Saiful Hazrey bin Ahmad bukan bercanda. Dia menunjukkan keseriusannya ingin aku menerimanya. Ya Allah, berikan aku petunjuk. "awak, kita baru je kenal. Awak tak kenal siapa saya dan saya  tak kenal siapa awak. Macam mana awak boleh kata awak suka saya. Dia tetap bersungguh-sungguh ingin aku terima cintanya. Ketika itu aku belum pasti dengan perasaan aku. Cinta Ammar masih menbayangi diriku. Namun aku mengambil keputusan untuk memberinya peluang. Aku dapat rasakan dia benar-benar ikhlas ingin mengenali aku dengan lebih dekat. 28 Julai 2011 aku membuka pintu hatiku kembali untuk insan yang bernama lelaki untuk disayangi dan dikasihi sekaligus mengunci rapat kisah aku dan Ammar. Tidak sekali pun aku ingin mengingati kisah lalu. Aku tidak perlu serik untuk menerima cinta kkerana aku layak untuk disayangi. Paras rupa bukan pilihan aku. Harta benda bukan yang dikejar aku. Yang aku pinta hanya cinta yang tulus ikhlas menyayangi diri ini, kejujuran, kesetiaan. Jangan lukai hati yang pernah beberapa kali dihiris. Parutnya masih bersisa. Perhubungan kali ini tidak aku rahsiakan dari keluargaku termasuk ibu dan abang ku. Biarlah kalian mengenalinya sebagai MR.PJD. Kenapa??? Sebab aku mengenalinya melalui PJD5129. hehehehe.



.................................................................................................................................................




Kini sudah masuk bulan ketiga aku bekerja. Maknanya sudah 3 bulan aku mendapat gaji. Gaji yang tidak seberapa itu aku kumpul untuk melanjutkan pelajaran. Tambahan pula sekarang adalah bulan puasa, Ramadhan  Al-mubarak. Menyambut Ramadhan kali ini begitu bermakna bagi aku. Ini adalah tahun pertama aku berpuasa bersama keluarga aku setelah tiga tahun berpuasa di perantauan ketika diperingkat diploma dahulu. Tiga tahun bukan satu tempoh yang singkat. Macam-macam perit getir yang aku terpaksa lalui. Susah senang. Ya Allah betapa aku merindui saat itu bersama kawan-kawan. Perhubungan aku dengan Mr. PJD juga alhamdulillah berjalan dengan lancar. 



BERSAMBUNG.......nantikan Hembusan Cinta Part 2 akan datang. 








Friday, September 16, 2011

Hari Malaysia 16 September

Satu lagi hari yang diisytiharkan sebagai cuti umum iaitu hari Malaysia pada tanggal 16 September. Bukan hanya hari Merdeka yang akan kita sambut selepas ini nampaknya..dan yang paling penting bertambah lagi satu hari cuti dalam kalender tahunan kita..
apa-apa pun Salam Satu Malaysia dari saya..
Peace..=)

Wednesday, September 14, 2011

Welcome to UiTM Perlis

Ahlan Wasahlan..

11/09/2011- Nak dijadikan cerita tarikh ini sepatutnya aku mendaftar di UiTM Perlis, Arau jam 9.00 pagi with my friends a.k.a Ika, Insyirah, Nasha and Aril..Aei and her friends, Puteri pergi lewat sikit time tuh..
You know what???
dah la time tuh hujan sangat lebat and banjir sekitar jalan Batas Liku ke Arau aku boleh lupa Fail borang yang aku kena bawa???! bukan satu tapi semua..! yang aku bawa boleh fail X-Ray tu jerrr?????
aduh apa la nasib badan...terpaksa la aku patah balik ke rumah..Dah la hujan lebat..Pengalaman tol first day register for degree .. =) 
Hopefully after this everything gonna be alrite...

Apa-apa pun.. Welcome to UiTM Perlis.. (>_<)


Friday, September 9, 2011

Trend Perkahwinan zaman kini..


Nilai Hantaran Kahwin Mengikut Harga Purata Terkini dan Status Pelajaran diSeluruh Semenanjung:

UPSR, PMR/SRP : RM1,000-RM3,000
SPM : RM3,000-RM8,000
STPM/DIPLOMA : RM8,000-RM12,000
DEGREE : RM12,000-RM15,000
2ND DEGREE/MASTER : RM15,000-RM20,000
PHD : RM20,000-RM30,000



jenuh la kaum adam huhhuhu.....


Wednesday, September 7, 2011

UiTM Arau.. i'm coming..=)

12/09/2011 
SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN (KEWANGAN)
UiTM ARAU

Alhamdulillah..
dah habis diploma aku selama 3 tahun..
tahun ni puasa pun dapat puasa penuh dirumah selepas 3tahun menyambut ramadhan di perantauan..
hahahahahha..
tahun ni aku dh tak jadi anak perantauan..

straight to the point..
lepas habis diploma aku dapat sambung degree kat UiTM Arau..hehehehe Alhamdulillah..
My mum paling happy sebab aku dapat sambung ijazah dekat Arau..ye arr dekat dengan rumah aku..
hehehehe..alamat duduk rumah sendiri la aku degree ni..
hehehehehe
kata orang save cost..
hahahahahaha...
The best thing ever aku ditawarkan course yang aku minat- Finance.
next week aku akan jadi student degree..
OMG..lepas beberapa bulan membekukan otak aku nak masuk belajar balik..huhuhuhuuu..
and the most important thing ever..
my friends also dapat Arau..
hahahahaha..
ada geng laa nak masuk study nie..
hehehehe..
k la..
next time update lagi..
agak sibuk la sekarang nk update selalu..but saya akan cuba ok..
peace....  :)





Monday, September 5, 2011

"Aku terima nikahnya..."

Assalamualaikum,


haaaa...
apa yang bermain-main difikiran kome2 sekalian bila baca tajuk nie???
hehehe..saya sudah mau kahwin ke??? hehehhe opss..! tersasar sangkaan anda..mak tak izin lagi lorrr...hehehehe (amboi gatai no???)




hurmm.. actually entry kali nie khas kepada bakal2 suami dan bakal2 isteri yang bakal mendirikan rumah tangga..including me..! oppsss!! hahahaha...




Fahamilah maksud tersirat disebalik  yang tersurat...=)


"Aku terima nikahnya dgn si dia binti si ayah dia dengan mas kahwinnya RM..”

Bunyi macam senang ? nah ni erti sebenar dia :

“Aku tanggung dosa-dosa si dia dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat,dari dedah aurat hingga ke tinggalnya solat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung, dan aku tanggung semua dosa bakal anak-anak aku. Kalau gagal, maka aku fasik, dayus & aku rela masuk neraka dan malaikat Zabaniyah melibas aku hingga pecah badan aku” 


Gerun rasa bila baca..hurmm besar dan berat tanggungjawab yang harus dipikul oleh seorang lelaki yang bergelar suami...fahami dan mengertilah disebalik ayat2 ini...=)


see u again..
wassalam..



Friday, August 19, 2011

i'm back

Aku sudah kembali setelah meng-away-kan diri beberapa detik dan ketika...
Lepas nie get ready Si Selipar Putus sudah kembali..=)

Saturday, April 30, 2011

EVERYTHING! STOP!!! even BER-blogging =(

NO FB
NO BLOGGING
NO KOREAN DRAMA
NO TV
NO MORE HONEYMOON!!
..no more b..
NO MORE!!!!!

JUST ONE- FIGHTING!!!
DO UR BEST =)

jadual final exam dah keluar...

SELL 20/4 9-12
ENT 25/4 9-12
RM 28/4 9-12
IB 30/4 9-12




P/S MASA DAPAT TAHU DARI IKA, MY ROOMATE JANTUNG BERDEGUP KENCANG, TANGAN MENGIGIL, TERASA GERUN..
ALL MY FRIEND..DOAKAN SAYA BERJAYA..=)
SALAM.

Friday, April 15, 2011

~WARKAH KERAMAT BUAT TUN DR. MAHATHIR MOHD OLEH UMMI HALIDA ALI~

Mesti uollz tertanya2 kan..nak baca??? uollz klik2 je kat sini...####### HERE ########
percaya atau tidak itu hak uollz k.. =) enjot it.. ngeee (i pun baru baca...)

Wednesday, April 13, 2011

10 Petanda Dia Jodoh Kita.. =)


Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
- Sumber gambar : allisina.org

Friday, April 1, 2011


Hari neyh ada time lak nak Blog Walking setelah sekian lama tak aktif sebagai blogger neyh..
rasa nak open new tab sampai penuh google chrome neyh...hahahaha tamak nak baca blog orang laen..hehehe
addicted kottt.!

masa jalan-jalan tadi terserempak dengan satu blog neyh...

leka ja saya jalan-jalan kat blog dia..hurmmm...usha blog dia sampai pedih+berair-air mata sebab lama sangat mengadap laptop neyh...

by the way, nice blog, nice entry and tersangat interesting untuk dibaca..
Thumb up for you..

i lurve it..=)

Thursday, March 31, 2011

Jom Skodeng.. @_@

Final exam around the corner..

stickypost until 31 March 2011


scroll down for latest entry...!






i'm so soryy and really2 sorry...
xdapat nak on9 and ber-blogging as usuall...
i'm really busy and this is my final sem...

but how much i miss u siseliparputus and all my blog follower..
after dis dah xdapat nak berblogging macam biasa for a while..
busy sangat2..everything nak kena settlekan as soon as possible...

aku dah prepared some entry when i'm not here...!

(aku akan cuba on9 bila free nanti)
bubye..

salam..=(

Wednesday, March 30, 2011


ORANG YANG BAHAGIA ADALAH ORANG YANG BOLEH MENGANGAP TITIK-TITIK HITAM DALAM HIDUPNYA SEBAGAI PENGALAMAN MANIS...=)

Monday, March 28, 2011

Heart Beat Tambah Income selain Nuffnang.. ^_^

Arini saya nak bercerite tentang cara nak dapatkan Pendapatan sampingan lain selain dari method biase.. Ni pun dapat ilham lepas baca blog ..... Zura Yaacob

PERTAMA KLIK NI DULU..




Kedua...



Ketiga..
Klik create account dan isi la maklumat korang kat form tu..





Keempat..
masukkan password yang korang senang nk ingat, then klik I agree dengan term of service, n klik continue.






Kelima..
teruskan dengan step nih..
klik kat tempat yang dipetakkan tu..
Join HB!Affiliate..







Keenam..
klik online application plak..
macam kat gmbar bawah ni..






Ketujuh..
isi semua maklumat yang diperlukan termasuklah link blog anda dan cara pembayaran..
then klik continue..






Kelapan..
Klik MyHB!Affiliate untuk dapatkan code iklan HeartBeat..







Kesembilan..
Klik Get A Code (macam kat gambar bawah ni)..
Boleh pilih samada nak banner yang horizontal, vertical, square atau text links..
Lepas pilih yang mana berkenan, bleh la copy code banner tu..






Kesepuluh..
Pastekan code tadi tu ke blog anda..









Siap!
Senangkan?
So, leh la join HB ni..
Sikit2 lama2 jadi gunung!
^_^

Sunday, March 27, 2011

i'm disgusting for you?!

‎| urgh,i feel disgust. Im done caring 4 ur feeling. Its sooo not worth it. Haha |



Pernah x uollz terbaca ayat mcm neyh? or maybe uollz dapat ayat mcm neyh?
urmmm...maybe ada or maybe not! 
kan3..!

27/03/2011
7.54 PM 

i got this msg..!
that time tgh ber-FB-walking...
Baru jerr bukak FB and this msg yang 1st in my wall...
well, maybe she didn't mentioned who?! but i know it...!
and its me...!
oyeahhh, its me, Nuraini Latib a.k.a siseliparputus!
and i like your status too.

Betul kata orang senang mencari kawan..tapi senang juga mencari lawan..
bukan senang nak mencari kawan yang faham mcm mana diri kita sebab semua orang x perfect..
bila saya baca msg neyh..
deep in my heart i just pray for her best in her life.

but actually dari word tuh..macam viceversa pulak???!
apa yang viceversa nyerrr???
cer cita..cer cita???
yela, from "word" i'm done caring for your feeling?? 
and 'word' haha tuh maybe mean she is right.
right about she is done caring for my feeling.

but, 
dari kewarasan akal dan fikiran saya,
i'm who the most & totally care about your feeling!
100%
sampaikan aku susah hati and even berwaspada bila fikir kalau2 ada something yang akan buat ko tersinggung hati.
don't know laa if you didn't realized.
or maybe you didn't remember that.

what about you?
you say that you done caring for my feeling?
done caring for my feeling??
when?

cer cita?
bila?

bila aku menangis seorang diri menahan sebak di hati sebab ko tengking aku?
bila aku pujuk hati aku sendiri even ko sendiri tak sedar yang aku bersedih?
bila aku tahan air mata dari gugur sebab tindakan ko?
bila aku lap air mata aku dalam diam tanpa kau pun sedar yang ada air mata menitis saat tuh disebabkan ko?
bila aku menahan sebak dengan ayat ko yang buat aku berkecil hati?
bila aku mengalah dengan request ko?
bila aku pujuk ko saat ko touching dengan sesiapa sahaja eventhough dengan aku sendiri?
eventhough sometimes aku sendiri tak tahu apa salah aku pada ko?
bila ko langsung tak tegur aku dalam kelas eventhough ko kat sebelah meja aku jer?
and that time i'm totally zero about what i have done to you?!
sampaikan ada saat aku termenung seorang diri memikirkan apa salah aku dah buat pada ko?
bila aku runsing fikir apa aku dah buat kat ko?
bila ko bersikap dingin pada aku?
sampaikan ada ketika aku menangis masa taip msg untuk ko sebab nak tahu apa salah aku and ko just ketawa sebab think its so funny!
why i didn't told you all this?


that what you mean by done caring for my feeling?
thanks a lot dear..
i'm so sorry make you feel disgust with me.
i didn't know that i make you feel like that before this..

satu jer aku nak ko tahu, benda paling tajam adalah lidah means that kata2..
sometimes there are somebody would feel hurt because our word.
so,
if we want somebody else cares about us, just feel free to care about others' feeling too.

kalau aku ada tersalah menyakitkan hati ko tanpa aku sedar..again and again i'm so sorry.

bila bercerita tentang hati, its something difficult!
difficult to understand..
and sangat complex!!
tersangat complex..! 

before this when you feel bad and sad..
i'm there with you..
before this when you have a problem..
i'm there with you even through just as a listener..
because i think you need somebody to share about your feeling.

but, now i know the truth about what you feel about me.


‎| urgh,i feel disgust. Im done caring 4 ur feeling. Its sooo not worth it. Haha |


that's it.
sememangnya aku tidak layak untuk semua tu.

salam.

luahan hati,

Nuraini Latib.