Daisypath Anniversary of Nuraini & Mr.PJD

Daisypath Anniversary tickers


Wednesday, January 5, 2011

HANYA MILIKMU...dari Cahaya Pena.


''B, saya minta maaf, saya tak mampu lagi, kita dah tak sehaluan, kita dah tak serasi! Tolonglah faham. Cukuplah sampai disini saja hubungan kita..hubungan ini memang sudah tidak ada harapan lagi..bagai retak menanti belah tiada apa yang mampu kita buat untuk selamatkan hubungan ini...maafkan saya".



Tetiba Nurin tersentak dari lamunan yang panjang. Sapaan lembut Suraya menyedarkannya dari terus mengimbas masa lalu..'hah berangan lagi la tu?kemana kamu?dah sampai ke london ke? Nurin hanya mampu tersenyum mendengar kata-kata sinis Suraya. Suraya sememangnya suka menyakat teman baiknya itu. Perkenalan sebagai teman sebilik dan sekuliah menjadikan mereka lebih rapat dan akrab.

Sudah hampir empat tahun perkenalan mereka. Tidak hairanlah mereka digelar Si Belangkas dalam kalangan rakan-rakan sekuliah kerana keakraban mereka. "Sue, aku teringatkan dia tadi dan hingga sekarang perasaan aku terhadapnya masih sama.Tidak pernah berubah walau sedikit pun".

Suraya merupakan tempat untukku meluahkan segala perasaan dan berkongsi suka dan duka. Disaat aku terlalu lemah untuk menghadapi dugaan hidup ini. Dialah yang banyak memberi sokongan dan dorongan kepada ku. Surayalah teman dan kawan terbaik aku selama aku berada di UiTM dalam usaha untuk mendapat segulung ijazah. Kenangan dua tahun lalu begitu meruntun hati Nurin.

Tanpa kerelaan hati, Nurin telah menghampakan harapan dan impian yang telah dibina bersama.   Aku tak pernah berjumpa denganya selepas perpisahan itu. Langsung tak pernah. "Sue, kenapa sampai sekarang aku masih tak mampu untuk melupakan dia walau sedikit pun. Kau ni Nur jangan la difikirkan sangat benda yang dah lepas.

 Dah hampir dua tahun biarlah masa yang menentukannya. Ohya, tugasan yang Encik Kamil bagi tu kau dah siapkan ke? asyik mengelamun je aku tengok dari balik kuliah tadi? ujar Suraya sambil mengambil beg komputer ribanya dari dalam almari. "Haa? tugasan yang mana? paling Nurin kearah Suraya sambil mengambil tuala yang terletak di hujung katil. "Hah tu lah yang dua tiga tahun lepas kau nak ingat sangat yang baru 3 jam tadi kau dah lupa.

Ala pasal  jurnal yang kita kena buat research tu" kata Sue sambil mengomel seorang diri. Ohya, nati la aku siapkan. Tarikh nak kena hantar minggu depan kan? Minggu depan minggu depan juga jangan sampai buat kerja last minute. "Yela makcik Suraya ku sayang, sekarang aku nak pergi mandi lepas neh kita keluar makan ok..Aku lapar la dah berkeroncong irama pop dah ni balas Nurin sambi mencapai tuala dan menuju ke bilik air.

Selesai solat, Nurin menerima satu pangilan dari nombor yang tak dikenali. Berkira-kira juga yang menjawab pangilan itu. Namun Suraya memberi isyarat untuk menjawab pangilan itu. Butang jawab ditekan namun tiada suara yang didengari walau berkali-kali Nurin memberi salam. "aah, mesti salah nombor", ngomel Nurin kepada sahabat baiknya sambil menekan butang merah. Sementara bersiap-siap untuk keluar makan sekali lagi telefon bimbit Nurin berdering. "Dari nombor yang sama la Sue, agaknya ada yang nak kenakan aku ni. Ala agaknya kau ada secret admirer kot. Eh, mengarutlah kamu neyh siapalah nak admirer aku. Dah lah abaikan, cepatlah siap aku dah lapar gila ni.

Kereta yang dipandu Nurin meluncur laju menuju ke Kuala Perlis yang menjadi tempat makan pilihan mereka malam itu. Kuala Perlis sememangnya terkenal dengan tempat makan ikan bakar dan makanan laut yang segar. Entah kenapa tetiba sahaja Nurin teringin untuk makan di situ. Kalau sebelum ini puas diajak oleh Suraya untuk kesana tapi tiap kali ditolak oleh Nurin dengan pelbagai alasan.

 Tapi sebenarnya Suraya mengerti maksud yang tersirat disebalik penolakkan itu. Sebenarnya Kuala Perlis menyimpan seribu kenangan manis Nurin bersama insan yang pernah bertahta dihatinya. Semasa mengambil pesanan makanan pilihan mereka, Nurin terpandang sesuatu yang membuatnya hampir sesak nafas. Suraya yang sedang berceloteh juga dibiarkan mengomel keseorangan.

Nurin bagai terpaku dan kelihatan tidak selesa dengan keadaan sekeliling. Degup jantungnya makin laju lantas dicapai tangan Suraya dan digengam kuat. Suraya yang sedang menikmati suasana yang malam yang indah dan angin malam yang dingin di tepi pantai tidak semena-mena terkejut dengan perbuatan Nurin lantas berpaling kepadanya. "Kenapa Nurin? muka kamu nampak macam jumpa hantu saja, kenapa ni? Kamu ok ke? Sejuk tangan kamu ni. Di..Dia Sue! Dia..!luah Nurin perlahan sambil menahan getar didadanya.

"Ya Allah, apakah sudah ketentuan-Mu mempertemukan kami setelah sekian lama, bisik hati kecil Nurin. Tidak mungkin akan aku lupa raut wajah lembut yang amat menenangkan tatkala dipandang. Tapi ingatkah lagi dia tentang aku? Masih rindukah dia kepadaku? atau dia sudah buang segala kenangan tentang aku? tahukah dia betapa aku amat merinduinya tiap masa dan ketika? Bukan kehendak aku inginkan perpisahan ketika itu. Mungkin aku terlalu pentingkan masa depan aku hingga aku lupa akan impian yang pernah kita bina bersama. Adakah semua yang berlaku salah aku?

Suraya mematikan Nurin dari lamunan yang panjang. Suraya mengengam tangan Nurin dan dipandang tepat pada anak matanya. "Kamu ok ke sayang? Kalau kamu nak kita boleh pergi tempat makan lain. Kasihan pula Suraya melihat teman rapatnya bagai kaku menahan sebak didada. "i'm ok dear. Don't worry..patut ke aku tegur dia? Kalau itu yang kamu nak, silakan!

Nurin cuba kuatkan semangat lalu bingkas bangun menuju ke arah lelaki yang pernah menjadi pujaan hatinya. Suraya cuba untuk menemani tapi Nurin menolak. Dia perlu melakukannya sendiri. Dia harus kuat untuk menhadapi apa yang bakal berlaku.

Tiba-tiba langkah Nurin terhenti. Dilihat lelaki itu mendukung seorang bayi perempuan yang dikira berusia dalam lingkungan 11bulan. Disebelahnya pula terlihat seorang wanita yang ayu bertudung litup kelihatan begitu manis mengukir senyuman memerhatikan mereka. Barangkali dialah gerangan yang kini bertahta dihatinya

Linangan air mata tak dapat dibendung lagi. Nurin tidak sanggup untuk melihatnya. Hatinya bagai retak seribu. Terlintas dihatinya, "Amar, awak dah jadi milik orang lain. Saya bukan siapa-siapa lagi pada awak. Biarlah saya begini. Dari jauh mendoakan kebahagiaan awak bersama insan yang awak cintai. Biarlah saya hidup berbekalkan kenangan yang pernah kita ada. Nurin berpaling lalu menghampiri Suraya. "Maaf Sue, aku tak mampu nak tahan perasaan ini.

"Dia sudah bahagia Sue. Suraya yang begitu memahami keadaan Nurin cuba menenangkannya. Kita pulang ok. Suraya memeluk bahu Nurin dan membimbingnya ke kereta. Suraya memandu pulang dan membiarkan Nurin menenangkan perasaannya yang sedang berkeceramuk.

Kini Nurin kelihatan lebih gembira. Dia berjaya menghadapi dugaan yang menimpanya dulu. Kini ternyata Nurin merupakan seorang yang kuat. Majlis konvokesyen sudah seminggu berlalu. Kini Nurin bergelar seorang pemegang ijazah sarjana muda dalam bidang perbankan islam. Minggu depan Nurin akan melaporkan diri disebuah institusi perbankan di bandar Alor Star. Kata orang tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu. Siapa sangka resume yangg dihantarnya tiga tahun lepas kini mendapat maklum balas dan kata orang reseki jangan ditolak.

"Banyak bintang kelihatan malam ni ya mak. Cuaca esok mesti baik, ujar Nurin kepada ibunya yang sedang melipat kain diruang tamu. Puan Zalia memandang anak perempuannya dengan penuh kasih sayang. "Rin, mari sini nak. Ada hal yang mak nak bincangkan dengan rin", ujar Puan Zalia. Nurin bingkas bangun dari kerusi yang menghadap ke luar tingkap lalu bersimpuh disebelah ibunya. Dicapainya sehelai kain untuk dilipat. "Rin, tadi Maksu kamu ada datang. Ditanyanya tentang kamu. Yela, anak dara mak ni kan dah besar. Umur pun dah 25 tahun, kerja pun dah tetap..ligat otak Puan Zahlia mencari idea untuk memulakan perbualan dengan anak kedua dari empat beradik itu.

Lain macam je bunyinye. Ada apa-apa ke mak? Nurin bagai mengerti maksud tersirat disebalik kata-lata ibunya. Sebenarnya Maksu kamu datang tadi bawa hajat. Katanya ada orang datang tanyakan kamu. Kalau kamu setuju minggu depan mereka nak datang merisik. Apa kata kamu? Seperti sudah diduga, Nurin hanya mendiamkan diri dan menundukkan wajahnya.

Puan Zalia memandang tepat ke anak mata Nurin. Dibelainya pipi gebu anak gadisnya itu. Ditatapnya wajah Nurin yang tak tumpah seperti wajah arwah neneknya, digelus lembut rambutnya, bibirnya yang merah merekah. Puan Zalia mula menduga. "Kamu sudah ada yang berkenan dihati ke? Kalau begitu mak akan khabarkan kepada maksu kamu. Mak, Rin serahkan hal ni kepada mak dan abah. Rin ikutkan saja. Asal baik bagi mak dan abah, baiklah juga untuk Rin. Rin terima. Nurin redha dengan ketentuan ilahi. Puan Zalia agak gembira dengan jawapan anak gadisnya itu. Kalau sebelum ini, pantang ditanya soal perkahwinan, pelbagai alasan diberi dan seboleh-bolehnya ditolak mentah-mentah.

Kalau begitu kata kamu nak, nanti mak bincang dengan abah. Kamu betul-betul yakin ke sayang? Mak tak nak kamu menyesal suatu hari nanti. Tidak mak. Itu keputusan Rin. Esok Rin kerja, Rin masuk tidur dulu ya, mak pun jangan la tidur lewat ok. Jam di dinding menunjukkan pukul 12.15 pagi. Selesai solat Isyak, Nurin menadah tangan memohon petunjuk dari Ilahi, memohon dipermudahkan perjalanan hidupnya dan dipertemukan dengan jodoh yang terbaik untuknya. Malam itu berlalu dengan tenang. Nurin telah berserah tentang segalanya.

"Minggu depan rombongan merisik datang" tergiang-ngiang di telinga Nurin sambil memandu menuju ke tempat kerja. itulah yang diujarkan mak sewaktu bersarapan tadi. Apa yang aku nak buat ni?ngomel hati kecil Nurin. Tiba saja waktu rehat tengahari itu, Nurin menghubungi sahabat karibnya yang telah sekian lama tidak berjumpa. Hanya sekadar berhubung melalui telefon atau email memandangkan teknologi masa kini lebih canggih. Suraya kini bekerja di sebuah syarikat guaman di ibu negara sebagai penolong pengurus kewangan syarikat. Suraya juga telah enam bulan mengikat tali pertunangan dengan lelaki pilihan dan bakal mendirikan rumah tangga tahun depan.

Sepanjang waktu rehat aku menghabiskan masa berbual dengan Suraya. Ternyata banyak yang ingin kami bualkan tapi masa menghadkan perbualan kami. Segala tentang cadangan Puan Zalia diceritakan kepada Suraya. Sahabat baik Nurin itu bersetuju dengan cadangan itu. Tanpa diduga Suraya telah memberi jalan untuk Nurin tidak menghadirkan diri ketika majlis merisik itu. Suraya mengajak Nurin menemaninya membeli-belah barangan untuk persiapan majlis perkahwinannya.

Selesai makan malam, Nurin membantu ibunya mengemas meja makan. Nurin mula mengatur ayat untuk memberitahu ibunya tentang rancangannya untuk ke Kuala Lumpur. "Mak, lusa Rin kena ke KL ada kursus untuk para staff maklumlah Rin salah seorang staff baru dekat situ. Ternyata reaksi ibu mengejutkan. "Eh, Rin kenapa tak beritahu awal-awal? Bukan ke rombongan merisik akan datang lusa? Ala mak merisik saja kan bukannya akad nikah kan, gurau Nurin cuba melembutkan hati ibunya yang gelisah.

"Tapi..apa kata mak beritahu maksu kita batalkan majlis itu dan tunda ke tarikh lain". Puan Zalia cuba memberi cadangan. Eh, tak apa la mak. Tak manis pula kita nak tundakan tarikh. Teruskan saja majlis itu. Nurin tak kisah. Tapi tak kan la Rin taknak tengok dahulu bakal suami Rin? Ermm, tak pela mak. Rin setuju kalau mak dan abah setuju. Encik Radzif, bapa kepada Nurin hanya mendengar celoteh isteri dan anak perempuannya sebelum berlalu ke ruang tamu.

Selepas Subuh aku bertolak ke Kuala Lumpur. Terasa bersalah pula meninggalkan ibu dan ibu suadaraku membuat semua kerja sedangkan aku cuba untuk meloloskan diri dari majlis yang akan berlangsung sebelah petang nanti. Tapi aku tiada perasaan untuk berada dalam majlis itu. Mungkin aku belum bersedia untuk berhadapan dengan keluarga bakal mertuaku. Terpaksa la aku berbohong kepada mak dan abah. Nak adik-adikku tolong mereka tak dapat cuti pula. Adikku yang ketiga berada di Universiti Teknologi Machang, Kelantan juga dalam bidang perbankan. Adikku yang bongsu pula masih menuntut di Maktab Rendah Sains Mara Lenggong. Along pula jauh di Sabah demi tugasnya untuk negara.

Setibanya di Jalan Masjid India, Nurin terus menghubungi Suraya. Agak teruja setelah sekian lama tak berjumpa dengan kawan baiknya itu. Kali terakhir berjumpa enam bulan lalu semasa majlis pertunangannya. Terdetik juga hati Nurin membayangkan ekspresi muka Suraya kalau dia tahu sebenarnya hari ini aku akan dirisik. Sementara menunggu Suraya, Nurin singgah membasahkan tekak di Old Town White Coffee.

Sementara menikmati minuman pilihan, Suraya tiba bersama tunangnya, Fauzi. Selepas agenda yang dijanjikan selesai, Nurin memilih unutk tinggal di hotel walau berkali-kali Suraya memujuknya agar tinggal dirumahnya. Bukan niat untuk menolak tapi Nurin masih perlukan masa untuk tenangkan diri dan fikirkan masa depannya kini. Nurin berjanji esok mereka akan bertemu lagi. Malam itu, Puan Zahlia menghubungi Nurin. Perasaan bersalah Nurin bertambah apabila Nurin terlupa untuk memberitahu ibunya setelah sampai ke Kuala Lumpur petang tadi.

Disertakan perkhabaran dari ibunya bahawa mereka sudah menerima lamaran rombongan tadi. Cincin risik dan tunang sudah diterima Puan Zalia. Cuma menanti tuan punya badan menyarungkannya. Sebenarnya memang menjadi pemintaan Nurin sendiri tidak mahu mengadakan majlis pertunangan. Andai ibu dan abahnya menerima lamaran itu maka disertakan dengan majlis pertunangan. Sempat juga mendengar bebelan ibu apabila dia terpaksa memberi alasan apabila Nurin tiada dalam majlis tersebut.

Serba salah dibuatnya. "Rin minta maaf ibu, Rin menyusahkan ibu, Rin tipu ibu dan abah, bisik hati kecilnya. Puan Zalia sebenarnya agak gembira apabila anak gadisnya sudah dipinang orang. Mana tidaknya anak gadisnya sudah menjadi tunangan orang. Kata ibu bakal suami aku seorang arkitek di ibu negara. Wah, jadi isteri arkitek ke aku?ngomel Nurin sendirian. Tidak terlintas difikirannya itu untuk mengetahui siapa gerangan yangg bakal menjadi pasangan hidupnya.

Malam itu Nurin bersiar-siar seorang diri di ibu kota untuk mengalas perutnya. Sengaja tidak mahu mengangu Suraya yang sedang sibuk bersama tunangnya. Sementara mencari tempat meletak kenderaan sempat juga Nurin menikmati keindahan malam di kota batu itu. Sambil mencari-cari meja kosong dengan tidak sengaja Nurin dilanggar seseorang hingga terputus beg tangan kesayangannya. Dalam keadaan agak sesak di kawasan medan makan, Nurin mencari-cari barang-barangnya yang tercampak dari beg tangannya. Lelaki yang melanggarnya segera meminta maaf dan membantu Nurin.

Tiba-tiba Nurin kaku, mukanya langsung pucat-lesi, jantungnya bagai berhenti berdegup, terketar-ketar tangannya mengengam kuat beg tangan yang tadi terputus, matanya pula langsung tidak berkedip memandang jejaka dihadapannya itu. "Ya Allah, aku mohon pada-Mu kuatkanlah aku untuk menghadapi semua cubaan dan dugaan ini, doa Nurin dalam hati keciknya. "Nurin" disapanya lembut. Nurin hanya menganguk lemah. "ya, saya. Amar, apa khabar? baik-baik saja. Awak buat apa kat sini?ujar Amar untuk memulakan perbualan. Tengah cari meja kosong tapi nampaknya penuh pula. Yeka? saya pun. Awak datang makan dengan siapa? Saya seorang saja. Oh yeke? Boleh la kita makan malam bersama?Nurin yang agak tersentak dengan pelawaan itu hanya menganguk pelahan. Jom!

Nurin cuba berlagak seperti biasa namun dia hanya kaku di meja makan. Selepas pesanan diambil, Amar memulakan perbualan. Terasa sangat janggal setelah sekian lama kami tidak pernah bersua. Hati Nurin mula meruntun. Betapa aku merindui dirinya. Tapi aku harus sedar, dia sudah punya keluarga, sudah ada isteri dan anak-anak. Amar memandang tepat ke arah Nurin hingga Nurin tidak berani bertentang mata dengan jejaka dihadapannya. Mereka sekadar berbual-bual biasa. Nurin mengharapkan masa berlalu dengan cepat. Menyesal pula apabila menerima pelawaan Amar untuk makan bersama. Setelah lama berdiam Amar memulakan perbualan. Ternyata Amar masih mesra seperti dahulu. Dia tak pernah berubah. Cara dia berbicara masih sama. Langsung tidak terlintas bahawa Amar sudah punya keluarga. Nurin leka dengan layanan dan kemesraannya.

"Awak watpe kat sini seorang diri? Tahu tak sini bandaraya, bahaya kalau awak keluar seorang diri. ujar Amar sedikt keras. Saya ada hal sikit petang tadi tapi insyaAllah esok saya balik kampung. Awak pula watpe kat sini? Saja-saja, saya ada mesyuarat siang tadi. Tak sangka pula jumpa awak kat sini. Lama juga kita tak berjumpakan. Nurin hanya menganguk pelahan. Luas-luas Kuala Lumpur tak sangka kita berjumpa kat sini tapi sekecil-kecil Perlis tak pernah pula kita terserempak. Kami sama-sama tergelak kecil. Hati Nurin bagai berbunga-bunga kembali.

Selepas makan, kami saling bertukar nombor telefon sebelum berpisah. Nurin sudah lupa bahawa dirinya kini sudah menjadi tunangan orang malah langsung tidak terlintas bahawa Amar itu sudah menjadi suami orang. Selepas pertemuan malam itu kami saling berhubung.

Tapi disangka panas sampai ke petang rupanya hujan ditengah hari. Sebaik sahaja sampai ke rumah Puan Zalia menyambut anak gadisnya dengan senyuman penuh kasih sayang. Selepas menyegarkan diri, Nurin tersentak apabila pintu biliknya diketuk. Selepas terdengar suara ibunya, Nurin bingkas bangun untuk membukakan pintu. Puan Zalia melangkah masuk sambil memegang sebuah bekas berwarna merah berbentuk hati. Ditariknya Nurin duduk bersamanya di birai katil. Nurin mula tersedar hakikat dia sudah menjadi tunangan orang. "Ya Allah, apa yang berlaku padaku? Aku buta dengan kepalsuan didepan mata. "Mak!" Nurin memeluk kuat ibunya. Mengalir airmata kesal apabila dia kalah dengan perasaaan sendiri.

 . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
BERSAMBUNG..


P/S Ikuti sambungan kisah HANYA MILIKMU dalam my next entry.  
                                                                    






2 comments: