Daisypath Anniversary of Nuraini & Mr.PJD

Daisypath Anniversary tickers


Sunday, January 2, 2011

First...

Setiap perjalanan pasti ada permulaannya..Kalau nak drive, masa neyh la nak ambik kunci..kalau nak makan, masa neyh la nak tadah tangan baca doa..kalau esok nak exam, masa neyh la baru terkejar2 nak cari buku and past year..hehehehe (macam aku punya perangai je tuh) dan semestinya begitu jugak aku!


So, sebagai permulaannya this is my first entry for the benginning to the blogging world. Excited sangat dah nak post my first entry neyh sampi xsempat2 nak menaipnye..hehehe..

Actually dah lama pasang niat nak buat blog neyh..tapi macam biasa la ada ja yang membantutkan niat aku neyh..biasalah kehidupan sebagai student neyh nak2 lagi sekarang aku dah last sem..Tapi disebabkan azam yang kuat and semangat tahun baru yang berkobar2, aku usahakan jugak untuk memiliki blog aku sendiri yang bakal menjadi penganti diari 'Kotak Hati' aku..

Kalau nak ikutkan perasaan aku neyh..dengan keadaan mata dan badan yang sangat letih nak ja aku terus tido! tapi demi blog neyh aku gagahkan bersengkang mata untuk post aku yang pertama. Mana tak letihnya?! hampir jam10 malam tadi aku baru je sampai rumah dari Teluk Intan.


Sebenarnya hari neyh aku ada jemputan majlis perkahwinan lecturer comel lotey dan kecik molek merangkap Ustazah aku, Puan Siti Aslina binti Mohd Nasir(wah dah bergelar puan pasneh no miss2 k). 

Bertolak ke Teluk Intan seawal 9.30pg(dalam keadaan masih mengantuk) akhirnya sampai jugak kami ke rumah pengantin perempuan..dengan perut berkeroncong pas je jumpa and snap beberapa pic dengan pengantin perempuan kami terus menikmati hidangan yang disediakan..hehehe(memang sampai full tank kot) hahahaha..  

Alang2 dh sampai Teluk Intan tuh sudah semestinya menjadi kelaziman untuk bersiar2 menjamu mata di tempat orang..yela bukan selalu nak boleh pegi kan.apa pon memang best ar dengan buddies kesana kesini, berfhutugedixs and macam2 ar. Tapi aku ada kemuskilan la, masa naik menara condong tadi aku xdapat rasa menara tuh condong?! hahahaha..buddies aku pon pelik!  


Boleh dikatakan sepanjang perjalanan pulang memang tak kering gusi kami bercerita itu ini sampi aku sendiri menitiskan airmata dek kerana xtahan geli hati(dah memang lumrah hidup aku kalau gelak mesti sampai menitis air mata..hahaha..) 

Hurmm sedar xsedar dah panjang berjela2 aku ngomel tengah2 malam neyh, merepek sorang2 mata aku pon dah xlarat nak celik..jari pon dah letih..otak dah xligat nak berfikir..kira ok la aku punya first entry neyh..nati2 la aku punya next entry aku berceloteh lagi + upload pic aktiviti first day aku di tahun baru..Ohya sebelum aku lupa HAPPY NEW YEAR 2011~! nite semua..=) zzzzZZZzzzz..

No comments:

Post a Comment