Daisypath Anniversary of Nuraini & Mr.PJD

Daisypath Anniversary tickers


Wednesday, November 13, 2013

Convocation day

Officially graduated..Alhamdulillah incik hubby pun blh ikut sekali... :) walau dia xberapa nak sihat...nampak  tak my dato' dah kurus banyak..he lost about 15kg uolls...xpela, mudahan Allah mengantikan kesedihan yang pernah kami lalui kepada kebahagiaan yang berpanjangan..Amin.

Jom layan gambar-gambar sekitar majlis konvokesyen kali ke errrrr...xingat!










Wednesday, October 23, 2013

Dugaan

Dalam keadaan aku yang sarat mengandung ini Allah menguji aku dan suami aku.
Kesihatan suami agak terganggu. Mulanya aku fikir dia yang mengalami alahan sebab aku mengandung. Rupanya tidak. Kesian abang. Sayang mohon pada Allah sembuhkan abang dan mudahan abang diberi kesembuhan. Ya Allah beri kami kekuatan dan ketabahan dalam menempuhi dugaan dan ujian Mu Ya Allah.

Friday, September 20, 2013

Morning sickness

Morning sickness aku tak la teruk sangat..just muntah-muntah sikit-sikit dan tak larat. Tu jer. Tak ader la macam setengah orang sampai tak boleh bau itu ini. Alhamdulillah la. Aku punya morning sickness serius biasa-biasa ja. But ada satu hari ini aku muntah sampai lembik. Suami plak balik rumah mak mertua punya ngidam nak makan itik. Aku pulak tak larat nak ikut. So decide nak dok sorang-sorang di rumah. Nghupernyer lagi teruk aku muntah sampai terjelepok di lantai.haish. Mak aku balik-balik tengok aku dah lembik terbaring atas lantai. Mak kata aku siap xsedar dah time tuh.

14 September 2013
Deme call incik suami balik pastu bawak aku g hospital. Terus pergi emergency. Doktor cakap air dalam badan aku dehydrated. Memang la aku telan air je aku muntah balik. Memang dalam perut kosong sebab xjamah apa-apa makanan pun. Bila doktor murni nama doktor yang rawat aku tuh scan perut entah kenapa dia macam panik tetiba Siap tanay ada turun darah ke ada jatuh ker.

 Memang aku ada jatuh terjelepok tu je ar tapi tak der arr sakit apa-apa. Udah dengan-dengan aku naik panik. Jangan la apa-apa anak aku. Doktor scan tak nampak apa kot time tuh..mesti la anak mama kecik lagi. hihihi. Di refernya ke doktor itu doktor ini untuk kepastian. Pastu amik darah dan tambah air. Kena admitted ward pulak tuh. Haishhh lepas 11 botol air, aku dibenarkan keluar. Deangan mak dengan mak mertua datang jaga aku kat ward. Hurmmm, aku kata tak payah tapi suami berkeras tak kasi aku duduk sorang.

Hoooray dah boleh discharged dah. Rindu bantal kat rumah. Yang penting rindu suami saya la. Haishh walau nampak hari-hari tapi rasa rindu tuh tetap ada. Baby pun rindu abah ni. Tapi incik suami time tu pun tak berapa sihat jugak.

Abang rindunya kat abang. hehehehehe muahhhh.

Tuesday, August 20, 2013

Alhamdulillah...good news!!



Alhamdulillah...bulan lepas rasa macam syok2 ja sebab puasa penuh then my hubby tegur before raya "eh, tahun ni posa penuh kan?!" hahaha baru perasan yang xtinggal puasa lagi. Pastu mak pulak tegur. Incik suami tuh senyum lain macam jer dah. Pastu cakap kat incik suami xkan la cepat sangat hahahahaha..

 On 16 Ogos 2013 kami nak bertolak pergi Johor untuk majlis bertandang adik ipar & biras aku. Pagi tu bangun subuh terus check and Alhamdulillah double line yang naik..perasaan masa tu macam tak percaya ja.. Kelam kabut tunjuk incik suami pregnancy test kit tuh. hehehe alhamdulillah.

So pergi Johor dengan hati yang ria. Tapi rindu la sebab incik suami tak nak pergi. Haishhhh macam xpercaya. Thank you ya Allah untuk rezeki Mu.


mum-to-be..

Ke Johor kiter


Majlis bertandang adik ipar aku di Sri Medan, Batu pahat, Johor pada 17 Ogos 2013.
Time ni aku baru ja dapat tahu yang aku pregnant. hihihi happy xyah kira la kan! 16 Ogos 2013 kami bertolak pergi sana menaiki seladang putih. bukan seladang betul la hihihihi


Saturday, August 10, 2013

Selamat Hari Raya

This is my first raya as a wife to Saiful Hazrey. Masih sama cuma raya kali ini aku ada seorang suami dan ada istilah balik raya rumah mertua. Al-maklumlah rumah mertua dengan rumah aku dekat ja. Kena gilir la kan. Hurmm, Selamat Hari raya Aidilfitri maaf zahir dan batin. Jom layan gambar raya aku tahun ini.

*Kesian incik suami kena tunggu baju raya aku siap sampai tertido2 kat luar rumah kakak ipar aku. Sayang isteri yer abg.





Wednesday, July 10, 2013

Langkawi Short Vacation with BFF




Having a short vacation with my friends after all the horror scenes caused by thesis..hahaha memang horror sgt kot..ada banyak babak nangis, nervous, gelak, gila-gila, termenung and macam-macam reaction la. hurmm so we decided untuk go for a very short vacation! Not for 3 days, not for 2 days hahaha but just for 1 day happy short vacation with my best best best friends ever! walahhh!

okay! cakap banyak tamoa k..here hakak hapload sikit gambar sebagai penghias diari hidupku.
Layannnnnnn.....!












Reception 1 June 2013

Yang ni majlis sebelah hubby di Jejawi Hutan Buloh..
layan ajer pic nyer yer...yang ni photographer nyer my friend ika...hihihihii















Tuesday, July 9, 2013

Wedding my sis in law

31 Mei 2013
a day before my reception day
solemnization 
MIRA + SHARIL
layan pic k..














Saturday, July 6, 2013

Ramadhan tiba..

Alhamdulillah..this is my first ramadhan as a wife to my beloved husband..hihihi
 Salam Ramadhan Al-Mubarak 
to all bloggers and readers

macam ada orang baca blog aku..hewhewhew

Thursday, July 4, 2013

Everything Done

Done my thesis after millions of dugaan and cabaran!!! Alhamdulillah...hopefully i can grad on time la yer....Amin.

Tuesday, July 2, 2013

| Siti & Saiful | 25 May 2013

Dalam kesibukan dan kepeningan nak menyiapkan thesis sempat la jugak restkan diri nak mengupload pic wedding ritu...
hihihi 
layan ajo la yer..=)