ENCIK JODOH BIN TAKDIR
No:26, Jalan Hati-hati,
Taman Kembang Kuncup,
Negara Temu Jodoh.
17 Julai 2011.
Salam awak,
Malam ini saya tak dapat tido. Cik Lena saya taktahu pergi ke mana. Jadi apa salahnya saya tuliskan surat ini untuk awak. Walaupun saya tak tahu sama ada perlu saya layangkan surat ini pada awan biru ataupun layarkan ke lautan biru dengan harapan satu hari isinya sampai kepada awak. Saya maklum awak takkan baca tapi saya degil juga untuk menulis.
Awak, ini mengenai soal hati. Soal perasaan. Saya taktahu bagaimana nak mulakan, tapi yang pasti pengakhirannya saya mahu hidup saya di hari tua nanti bersama awak. Ada wajah awak. Ada tawa awak. Ada usikan awak. Ada ‘gila-gila’ awak. Pasti bahagia nanti kan? Andai memang awak yang bisa merubah senyum koyak ini kepada senyum bahagia kenapa tidak?
Seabad lamanya, saya simpulkan senyap-senyap isi hati saya. Saya tak terlalu kesah seperti sekarang ini.Saya tak perlu serunsing seperti sekarang ini. Untuk sesuatu yang tak pernah saya fikirkan, akhirnya menjadi agenda utama otak saya. Untuk sesuatu yang saya tak pernah perasan selama ni rupa-rupanya berada di depan mata saya. Sesuatu itu adalah awak. Gila tapi cukup indah.
Bila awak ke utara, dan saya ke selatan, saya pening kadangkala. Mungkin ini namanya suatu proses pemahaman. Saya harap suatu hari nanti kita sama-sama dapat berada di timur melihat matahari terbit. Saya pasti masa itu kita sudah selari.
Harapan saya, moga awak melihat perkara ini dengan betul-betul serius. Jangan jadikan kata-kata awak hanya gula getah yang dicampak ke longkang. Nanti pencemaran alam.
Semoga Allah memberkati dan meredhai kita berdua.
Oleh itu saya simpulkan dalam 3 patah kata, saya sayang awak.
Yang benar,
Tulang rusuk awak sebelah lagi.... ♥
No comments:
Post a Comment