Daisypath Anniversary of Nuraini & Mr.PJD

Daisypath Anniversary tickers


Saturday, February 25, 2012

Kek Coklat Lembab Kukus

1 ½ CWN TEPUNG GANDUM @ TEPUNG KEK (any brand eg. BLUE KEY)
1 CWN MINYAK (minyak masak ke minyak jagung ker ok jer)
1 CWN SERBUK KOKO ( saya guna Van Houten)
1 CWN GULA (xpayah kisar halus ok)
1 CWN SUSU CAIR (susu kotak Dutch Lady yang kecik  tu pun boleh original, coklat or coffee ker)
¾  CWN SUSU PEKAT MANIS (any brand-saya letak ¾ jer sebab xnak manis sgt)
3 BIJI TELUR (kalau grade A 2 biji sudah mencukupi)
1 TSP BAKING POWDER
½ SODA BIKARBONAT (saya xsuka bau soda bikarbonat so saya letak ½ jer kalau letak banyak nanti bau mcm kapur jer..=) bg saya laa)
2 keping kertas bersaiz A4 (ala yang kita guna untuk print assignment tu..=)

Topping
1 bar coklat masakan
Coklat rice
Any other creative idea……..^_^


Cara- Cara membuatnya
1.       Masukkan serbuk koko, susu cair, gula dalam periuk dan panaskan dengan api yang perlahan. Kacau perlahan2 kemudian masukkan susu pekat dan kacau lagi. Kemudian masukkan minyak. Kacau hingga sebati dan sejukkan.

2.       Dalam bekas lain ayakkan tepung, soda bikarbonat, dan baking powder.


3.       Panaskan air untuk kukusan.

4.       Pukul telur hingga kembang. Sesetengah orang pukul biasa2 sampai hancur jer..hehehe  saya pukul sampai betul2 kembang kemudian masukkan bancuhan koko yang dah sejuk dan suam2 kuku gitu. **jangan putar dah..Just kacau dengan senduk mengikut satu arah sahaja. Then masukkan tepung sedikit demi sedikit sampai habis.


5.       Ambil loyang yang bersaiz sederhana, kemudian ambil 2 keping kertas tadi dan lapikkan ke dalam loyang. Caranya, hanya letakkan kertas atas Loyang then tekan kedalam Loyang dan ratakan. Yang lebih2 kat tepi tu biarkan. Ini bertujuan untuk memudahkan kita keluarkan kek dari loyang tadi macam kita koyak pau dari kertas lapiknya ajer.  



Jangan ragu2 memang betul..Kemudian tuangkan bancuhan tadi ke dalam Loyang. Kukus selama 45-60 minit or hingga masak.
*** macam mana nak tahu masak ke tak????
Uollz boleh ambil sudu atau garpu@lidi then cucuk pada kek tadi. Kalau bersih jer maknanya kek itu sudah masak.  AWAS!!!! Kek ini juga sangat sedap untuk dimakan panas2……. Simple jer tau. Sukat xpayah pakai Gram2 and Penimbang.
**** Cawan bersaiz apa pun boleh digunakan SO KALAU NK . Lagi besar cawan lagi besar kek..(MAKE SURE PADAN DENGAN ADUNAN KEK LA KAN TAK PUN UOLLZ BOLEH JER GANDAKAN BAHAN2 KALAU NK BUAT BANYAK BIJI)



Serius sedap and simple. Explaination jer panjang berjela2. Try laa…=)

Saya HALALkan ilmu ini...=)

2 comments:

  1. alhamdulillah. i'll definitely try it SOMETIME. hahahaha. nak capture pic kejap, nti takyah masuk blog dah. tros tgk kat pic. hehe.

    ReplyDelete