Daisypath Anniversary of Nuraini & Mr.PJD

Daisypath Anniversary tickers


Monday, June 16, 2014

My Breastfeeding Journey

Bismillahirohmanirahim,

Tarik nafas sejenak...nak throwback a few months ago..
Actually bila dah positive upt (urine pregnancy test) di klinik kesihatan, perasaan keterujaan aku ni membuak-buak. Walau time tu kandungan baru 4months plus++ tapi aku dah over excited dah start google tentang pelbagai perkara about mommy to be ni. Almaklumlah heksaited nak jadi new mama kan. So, bila dah start follow blog2, page2, group fb..then only i found out about breast feeding. Yes, fully breast feeding baby you nanti. Bila banyak membaca regarding bf ni perasaan nak tahu lebih mendalam membuatkan aku gali lagi ilmu bf ni. Yela, newbie kan..first timer gitu. Knowledge to agak limited. Bila dah almost 8months aku slow talk with my hubby about bf. I told him about bf, benefits, dari segi agama, kesihatan and bla..bla..bla..macam2 aku explain. Kena pula we got an invitation from htf for visit tour to htf and got some information about deliver process, labour room and breast feeding. This part mmg i suka sebab my husband got more info from staff nurse tu kan. Macam lagi mengukuhkan explaination aku before this. Then, lepas bincang gan incik suami aku pun request nak beli breast pump. Masa tu mana ada lagi double pump, freemie and so on. Yang ada dalam market just manual and single electric breastpump. Masa tu dah target nak dapatkan satu xkisahla manual ke electric ke yang penting nak satu. Haha excited tu kemain tau. Yela, ibu mana tak nak yang terbaik untuk anak dia kan. Nak nak pulak anak first kan.


Pic credit to incik google yarr

This is my first manual breast pump. I got this from pumponthego. Hew3..Heee, stop sini dulu. Nanti sambung cerita lagi ok. To be continue. 😉

Tuesday, May 20, 2014

Pergilah sayang..



Ajal maut jodoh pertemuan di tangan Tuhan..
siapalah kita untuk mempertikai takdir yang telah ditentukan.
Sesungguhnya Ya allah aku redha.

04 May 2014
perginya insan bergelar suami menemui ilahi. 
SAIFUL HAZREY BIN AHMAD

Kasih sayang dan perasaan cinta ini akan tetap bersemi dalam hati ini..terima kasih kerana pernah hadir dalam hidup ini. Sayang akan jaga amanah Allah ini dengan sebaik mungkin.
i love you abang.

~ Isterimu.

Saturday, April 5, 2014

Welcome to the world my Princess

Alhamdulillah....
pada jam1131 am aku telah selamat melahirkan seorang puteri sulung kami seberat 3.25 kg secara normal. Macam tak sangka aku dah jadi seorang ibu. Welcome to the world my little princess. Mama dan abah love you much much more.



Abah said his daughter comel yang amat. Alhamdulillah, saat mama nak bersalin ni abah dah sihat. Boleh datang ke hospital jumpa mama teman mama sebelum masuk labor room.


Nak tahu mama drive kereta sendiri tau pergi hospital untuk checked up. Mama datang dengan maktok. Rupanya time tuh bukaan dah 3cm. Hihihi so kena admitted ward terus la..Due date should be on 06042014. Tak sangka awal seminggu pulak sayang mama ni nak keluar.



Masa pergi tu jam11 pagi, pukul 2 petang baru masuk wad. Perut pulak dah berkeroncong. Baby mama lapar la. Doktor cakap tunggu 8 jam baru check pulak bukaan pulak. Pukul 8.30pm doktor check jalan dah 4cm. So doktor suruh get ready nak masuk labor room. Tapi malam tuh labor room FULL so doktor datang checked dan bagitau yang first timer memang lambat ckit process contraction dan ambik masa lebih kurang 12 jam supaya  bukaan 10cm so doktor decide untuk masukkan aku ke labor room esok pagi. Masa tuh dah pukul 12.00 am 31 03 2013.



Abah ada ja dengan mama. Teman mama makan. Sebab nurse suruh mama makan banyak-banyak supaya ada tenaga di labor room nanti. Mama makan banyak2 makan roti minum milo sebab nak berada di labor room lama. Minum air selusuh. Tapi mama tak rasa sakit nak bersalin tuh. Doktor dengan nurse asyik datang tanya "ada rasa sakit bertambah? Ada rasa sakit makin kerap? Jawapannya tak! Tak sakit pun.

Dah la ustaz tu cakap air selusuh tuh minum bila betul2 sakit nak bersalin. So mama tanya abah, macam mana mama nak minum air ni sebab tak sakit. Abah kata minum ja dulu setengah botol walau tak sakit. Mama cakap kat abah kenapa mama tak sakit macam dalam tv tu? Hahaha abah gelak kan mama. Abah kata bagus la xsakit alhamdulillah. Alang-alang dah esok baru masuk labor room mama suruh abah balik dulu. Yela abah bukan sihat sangat kecian dia pulak.

Yela abah baru nak kuat sikit. Mama tak nak abah sakit lagi. Haishhhh rindu sangat kat abang. Esok paginya pukul 5.50 am nurse kejut tanya macam mana contraction? makin kerap x? jawapannya tak jugak. So nurse cakap xpela dah doktor cakap semalam suruh masuk pagi ni so akak nurse tuh tolak aku masuk labor room jam 6.00am. Tapi diaorang bagi masa la untuk aku call suami bagitau. Nak mintak maaf segala ka. Memang aku tak sempat la nak jumpa abang sebelum masuk labor room pagi tuh. Sebabnya abang kat rumah lagi.

Alhamdulillah proses aku nak bersalin mudah. Baby siap boleh tido lagi dalam perut sampai doktor terpaksa goyang2 and goncang perut aku nak kejut baby. Hahahahahaha..Seriusly, memang pengalaman yang sangat menakjubkan.
Apa pun alhamdulillah Allah permudahkan segalanya. Selamat sudah.

So Selamat berpantang la. Lepas ja bersalin terus nurse bawak baby pergi kat abah dia suruh azankan. Abang azan dan qamatkan sendiri. Alhamdulillah tertunai janji abang. Dengan iringan doa moga sayang akan akan jadi anak yang solehah dan baik, mendengar cakap orang tua, bijak, rajin, jujur, amanah dan anak yang akan mendoakan kedua ibu bapanya kelak. Amin.

Alhamdulillah terima kasih Ya Allah kau permudahkan kelahiran ini dan kerana memberi nikmat kesihatan kepada suamiku. :) terima kasih atas kesembuhan yang Kau berikan.

Selamat datang anakku.


Wednesday, February 26, 2014

Ujian Allah

Abang sakit. Badan abang surut banyak. Muka abang nampak cekung dah. Sejak sayang mengandung sampai sekarang dah nak masuk 39 minggu abang tak sihat sangat lagi. Sayang susah hati tengok keadaan abang. Abang cepat la sembuh. Nanti sayang dah nk bersalin, sayang perlukan abang. Abang dah janji nak azankan anak kita. Abang dah janji nak jaga sayang dalam pantang nanti. Abang dah janji abang akan sentiasa ada dan sayang sayang. Abang dah janji akan jaga sayang dan anak kita. Abang cepat sembuh k..Abang sayang sayang abang. Sayang sangat-sangat.


Friday, January 24, 2014

DUGAAN

Allah SWT tidak akan menguji hambanya melebihi kemampuannya.
Ya Allah aku terima dugaan dan ujian Mu..
Namun kau berikanlah aku dan suamiku kekuatan untuk kami menghadapinya.
Berikan suamiku kesihatan yang baik. Berikan dia kesembuhan.
Amin.

Notacinta: tak sabar tunggu kedatangan cahaya mata pertama kami.

Monday, January 13, 2014

NEVER!

Never go back to your ex dear. 


It's like reading the


 same book over and over again when you


 know how the story end.


Do you understand?


Wednesday, November 13, 2013

Convocation day

Officially graduated..Alhamdulillah incik hubby pun blh ikut sekali... :) walau dia xberapa nak sihat...nampak  tak my dato' dah kurus banyak..he lost about 15kg uolls...xpela, mudahan Allah mengantikan kesedihan yang pernah kami lalui kepada kebahagiaan yang berpanjangan..Amin.

Jom layan gambar-gambar sekitar majlis konvokesyen kali ke errrrr...xingat!










Wednesday, October 23, 2013

Dugaan

Dalam keadaan aku yang sarat mengandung ini Allah menguji aku dan suami aku.
Kesihatan suami agak terganggu. Mulanya aku fikir dia yang mengalami alahan sebab aku mengandung. Rupanya tidak. Kesian abang. Sayang mohon pada Allah sembuhkan abang dan mudahan abang diberi kesembuhan. Ya Allah beri kami kekuatan dan ketabahan dalam menempuhi dugaan dan ujian Mu Ya Allah.

Friday, September 20, 2013

Morning sickness

Morning sickness aku tak la teruk sangat..just muntah-muntah sikit-sikit dan tak larat. Tu jer. Tak ader la macam setengah orang sampai tak boleh bau itu ini. Alhamdulillah la. Aku punya morning sickness serius biasa-biasa ja. But ada satu hari ini aku muntah sampai lembik. Suami plak balik rumah mak mertua punya ngidam nak makan itik. Aku pulak tak larat nak ikut. So decide nak dok sorang-sorang di rumah. Nghupernyer lagi teruk aku muntah sampai terjelepok di lantai.haish. Mak aku balik-balik tengok aku dah lembik terbaring atas lantai. Mak kata aku siap xsedar dah time tuh.

14 September 2013
Deme call incik suami balik pastu bawak aku g hospital. Terus pergi emergency. Doktor cakap air dalam badan aku dehydrated. Memang la aku telan air je aku muntah balik. Memang dalam perut kosong sebab xjamah apa-apa makanan pun. Bila doktor murni nama doktor yang rawat aku tuh scan perut entah kenapa dia macam panik tetiba Siap tanay ada turun darah ke ada jatuh ker.

 Memang aku ada jatuh terjelepok tu je ar tapi tak der arr sakit apa-apa. Udah dengan-dengan aku naik panik. Jangan la apa-apa anak aku. Doktor scan tak nampak apa kot time tuh..mesti la anak mama kecik lagi. hihihi. Di refernya ke doktor itu doktor ini untuk kepastian. Pastu amik darah dan tambah air. Kena admitted ward pulak tuh. Haishhh lepas 11 botol air, aku dibenarkan keluar. Deangan mak dengan mak mertua datang jaga aku kat ward. Hurmmm, aku kata tak payah tapi suami berkeras tak kasi aku duduk sorang.

Hoooray dah boleh discharged dah. Rindu bantal kat rumah. Yang penting rindu suami saya la. Haishh walau nampak hari-hari tapi rasa rindu tuh tetap ada. Baby pun rindu abah ni. Tapi incik suami time tu pun tak berapa sihat jugak.

Abang rindunya kat abang. hehehehehe muahhhh.

Tuesday, August 20, 2013

Alhamdulillah...good news!!



Alhamdulillah...bulan lepas rasa macam syok2 ja sebab puasa penuh then my hubby tegur before raya "eh, tahun ni posa penuh kan?!" hahaha baru perasan yang xtinggal puasa lagi. Pastu mak pulak tegur. Incik suami tuh senyum lain macam jer dah. Pastu cakap kat incik suami xkan la cepat sangat hahahahaha..

 On 16 Ogos 2013 kami nak bertolak pergi Johor untuk majlis bertandang adik ipar & biras aku. Pagi tu bangun subuh terus check and Alhamdulillah double line yang naik..perasaan masa tu macam tak percaya ja.. Kelam kabut tunjuk incik suami pregnancy test kit tuh. hehehe alhamdulillah.

So pergi Johor dengan hati yang ria. Tapi rindu la sebab incik suami tak nak pergi. Haishhhh macam xpercaya. Thank you ya Allah untuk rezeki Mu.


mum-to-be..

Ke Johor kiter


Majlis bertandang adik ipar aku di Sri Medan, Batu pahat, Johor pada 17 Ogos 2013.
Time ni aku baru ja dapat tahu yang aku pregnant. hihihi happy xyah kira la kan! 16 Ogos 2013 kami bertolak pergi sana menaiki seladang putih. bukan seladang betul la hihihihi